AYER KEROH – Isu memecat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya dibangkitkan oleh perwakilan parti.
Demikan menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya samada beliau akan mengambil tindakan memecat Azmin dan sekutunya yang bertindak tidak menghadiri majlis penutup Kongres Nasional parti yang berakhir hari ini.
“Perkara ini tidak berbangkit (pecat Azmin), ini hanya disuarakan perwakilan, tetapi tidak ada keperluan untuk direspon oleh kepimpinan.
“Saya tidak ada masalah untuk berbincang tapi masalah yang disuarakan kuat adalah sentimen parti mahu bersatu tidak tidak bertolak ansur dengan apa yang mereka anggap menyimpang daripada disiplin.
“Tapi seperti mana saya lihat ucapan Tian Chua umpamanya perlu lebih penjelasan, kita kena faham sentimen itu juga bersebab kita fikir mereka harus dengar kita, tapi mereka kata kita pun harus dengan mereka,” katanya dalam sidang media selepas berakhirnya Kongres Nasional PKR, hari ini.
Tindakan itu diutarakan kebanyakan perwakilan ekoran ketidakhadiran Azmin dan sekutunya hari ini pada hari terakhir kongres tersebut.
Ditanya samada beliau akan memaafkan tindakan Azmin dan sekutunya yang bertindak datang ke kongres dan keluar daripada dewan petang semalam.
Anwar hanya berkata, dirinya boleh memaafkan tindakan Azmin dan boleh menganggap tindakan itu sebagai bukan tindakan peribadi.
“Saya ini seorang yang pemaaf, itu bukan soal peribadi, tapi saya kena dengar juga suara dan sentimen.
“Saya tadi jawab saya dengar hasrat mereka jadi kena bagi ruang sikit,” jelasnya lagi.
Kebanyakan sekutu yang menyokong Azmin tidak hadir antaranya Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin, Ali Biju, Ketua Wanita dan Timbalannya, Haliza Talha dan Dr Daroyah Alwi.
Turut tidak hadir adalah Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Hilman Idham.
Setelah beberapa drama antaranya pergaduhan dan tindakan keluar dewan oleh perwakilan yang menyokong Azmin, Kongres PKR kali ke 14 menutup tirainya hari ini. -MalaysiaGazette
Kelmarin cakap besar sebab azmin ada sekali nk pecat jika ahli jika ada kongres lain ,sekarang jika berani pecat lah yg mn tidak hadir