WELLINGTON – Polis New Zealand berkata, tidakĀ mungkin ada mangsa yang terselamat daripada letusan gunung berapi yang mengorbankan lima orang dan mencederakan 20 yang lain.
Sehingga kini, polis tidak ketahui jumlah sebenar mangsa yang terlibat.
Gunung berapi di Pulau Utara New Zealand itu meletus secara tiba-tiba pada hari Isnin, kira-kira 2.11 petang.
Ia memuntahkan abu ribuan kaki ke udara.
Kira-kira 50 orang, warga New Zealand serta pelancong asing dikatakan berada dekat dengan gunung tersebut semasa kejadian dan beberapa orang lagi dilihat berhampiran di pinggir kawah sebelum letusan.
Polis dalam kenyataan berkata, tidak ada tanda-tanda yang hidup di Pulau Putih semasa helikopter penyelamat dan pesawat lain menjalankan tinjauan udara.
Pasukan penyelamat yang lain tidak dapat sampai ke Pulau Putih kerana keadaan masih terlalu berbahaya.
“Polis percaya bahawa siapa saja yang telah dibawa keluar dari pulau itu telah diselamatkan.
“Polis sedang mendapatkan pengesahan jumlah sebenar mereka yang telah meninggal dunia dalam insiden tersebut…” katanya sambil menambah sebuah kapal akan mendekati pulau tersebut awal hari Selasa untuk menggunakan dron dan peralatan pemerhatian bagi menilai keadaan selanjutnya. – MalaysiaGazette