KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas dakwaan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang mengatakan beliau mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung skandal video seks.
“Itu tak payahlah kot. Tak payah tanya,” kata Perdana Menteri sambil tersenyum.
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas menonton tayangan khas filem Ejen Ali The Movie di GSC Pavillion di sini malam ini.