Home Politik PRK Kimanis: Warisan ada kelebihan besar – Annuar Musa

PRK Kimanis: Warisan ada kelebihan besar – Annuar Musa

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Parti Warisan Sabah (Warisan) memiliki kelebihan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang bakal tidak lama jika lebih daripada dua calon bertanding.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjangkakan situasi itu boleh berubah jika wujud pertarungan satu lawan satu berdepan Barisan Nasional (BN).

“Pilihan Raya Kecil Kimanis, kelebihan besar untuk Warisan kecuali pertembungan satu lawan satu.

Status Twitter Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan Warisan Sabah memiliki kelebihan di PRK Kimanis.

“BN akan mengkaji pelbagai opsyen yang ada,” katanya dalam akaun Twitter.

Kimanis merupakan kubu kuat Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Anifah Aman yang kini merupakan wakil rakyat bebas setelah keluar daripada UMNO pada awal November 2018.

Kerusi Kimanis diisytiharkan kosong selepas Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos lalu mengisytiharkan kemenangan Anifay yang merupakan bekas Menteri Luar ipada Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai tidak sah dan terbatal.

Manakala rayuan ke Mahkamah Persekutuan juga menyaksikan permohonan itu diketepikan panel lima hakim sambil mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Sabah sebagai sah sebelum mengarahkan SPR menguruskan proses PRK di kawasan itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.