KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang majistret di Pahang esok.
Majistret berkenaan, Mohd Amin Shahul Hamid berdepan lapan pertuduhan mengikut Akta SPRM dan akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kuantan.
“Semua maklumat selanjutnya berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan,” kata SPRM dalam kenyataan ringkas hari ini.- MalaysiaGazette