KUALA LUMPUR – KA Consultancy (KAC), Perunding Pengurusan Hutang menyasarkan dapat membantu menyelesaikan seramai 1,000 pelanggan yang berdepan masalah kewangan pada tahun depan.
Pengasasnya, Khairi Aizat Hasan berkata, jumlah itu merupakan 10 peratus daripada 10,000 pelanggan yang disasarkan tampil menggunakan perkhidmatan syarikat itu.
Beliau menjelaskan, KAC kini memiliki seramai 211 pelanggan sejak beroperasi pada Januari 2018.
“Kami komited dengan pendekatan untuk membantu individu yang layak dengan merendahkan komitmen bulanan mereka dan menghapuskan kadar faedah pinjaman sedia ada.
“Pada masa sama, kami sedia membantu dengan mewujudkan tabungan simpanan kecemasan RM10,000 dan njana keuntungan RM40,000 setiap lima tahun melalui Amanah Saham Malaysia.
“Selain kami, KAC akan turut mengajar teknik simpanan tanpa perlu ikat perut dan membimbing peserta sehingga memiliki rumah di bawah harga pasaran tanpa perlu modal,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.
Khairi kini mengendalikan KA Consultancy yang beroperasi di I-City Shah Alam, Selangor.
Beliau memiliki pengalaman selama lapan tahun di tiga bank utama di negara ini dan arif dalam menggunakan instrumen bank sebagai alat bantuan untuk penstrukturan semula hutang, mempunyai simpanan dan memiliki rumah.
Dengan kekuatan lima kakitangan dan 30 Penasihat Hutang, KA Consultancy telah membantu masyarakat yang terbelenggu dengan ‘hutang jahat’ selain aktif mengadakan program dan seminar berkaitan pengurusan kewangan.
Mengulas lanjut, Khairi menasihati mereka yang berdepan dengan masalah kewangan agar tidak membuat permohonan pinjaman baharu dari institusi kewangan lain.
Jelas beliau, pendekatan adalah salah kerana berpotensi membawa golongan itu meminjam daripada Ah Long atau syarikat kewangan berlesen yang mengenakan kadar faedah tinggi.
“Cara itu ibarat gali lubang, tutup lubang untuk menyelesaikan masalah namun bakal memberi bebanan hutang berada pada tahap serius.
“Sebaliknya, mereka perlu bijak dengan melakukan penyusunan ke atas hutang mereka dengan disatukan selain membayar pinjaman itu dengan kadar yang rendah,” katanya.
Khairi menambah, KAC sedang menganjurkan Bengkel Penstrukturan Semula Hutang yang telah bermula pada bulan Oktober lalu dan seterusnya setiap bulan hingga sepanjang tahun 2020.
Beliau menjelaskan, program yang telah diperkenalkan setahun setengah yang lalu kini telah dijenamakan semula bagi disesuaikan dengan perubahan gaya hidup masyarakat masa kini.
Menurutnya, bengkel yag berlangsung selama setengah hari yang dikenakan yuran berpatutan itu akan membantu para peserta menstruktur semula semua hutang mereka mengunakan formula yang disediakan untuk mencapai hidup bebas bebanan hutang.
“Mereka hanya perlu membawa penyata pendapatan terbaharu dan salinan laporan rekod kredit iaitu CCRIS yang boleh didapati secara percuma daripada Bank Negara Malaysia.”
Dengan adanya dokumen ini para peserta bakal mengetahui tahap kesihatan kewangan mereka samada berada pada tahap sihat atau kronik, setelah mengenal pasti tahap masing-masing maka peserta bakal menyusun sendiri kewangan mereka mengunakan formula dan strategi bebas bebaban hutang.
Hasil yang bakal dikecapi para peserta dalam bengkel ini adalah antaranya merendahkan komitmen hutang bulanan, mendapatkan diskaun faedah daripada bank, penyediaan tabung kecemasan permulaan RM10,000, membina pendapatan pasif bulanan sehingga RM666 setiap bulan dan memiliki hartanah dibawah nilai pasaran.
Khairi menambah sehingga kini, Bengkel Penstrukturan Semula Hutang itu telah berjaya membantu lebih daripada 200 peserta bebas daripada masalah bebanan hutang daripada pelbagai status rekod hutang, latar belakang dan kerjaya.
“Kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada mereka yang berumur 30 tahun dan keatas dan majoritinya ialah daripada penjawat awam,” katanya yang berusia 31 tahun.
Orang ramai yang mahu mendapatkan keterangan lanjut mengenai bengkel yang diadakan boleh mendaftar melalui talian 010-2210 654. – MalaysiaGazette