Home Nasional MTD laksana modul pembelajaran ikut kehendak KPM

MTD laksana modul pembelajaran ikut kehendak KPM

Putera Tingkatan 5 mengaminkan doa semasa perbarisan pada Majlis Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah Putera Maktab Tentera Diraja 2019 di Maktab Tentera Diraja Malaysia, Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 14 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Buat masa ini tidak ada sebarang modul baharu pelajaran atau ketenteraan untuk pelajar dilaksanakan di Maktab Tentera Diraja (MTD), Kem Diraja Sungai Besi.

Komandan Maktab Tentera Diraja, Brigadier Jeneral Abdul Halim Abu Hassan berkata, bagaimanapun pihaknya akan sentiasa mengikuti perkembangan pengajian terkini khususnya daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Sebab silibus setiap subjek yang dijalankan di MTD memang tidak lari daripada format atau silibus yang dilaksanakan oleh KPM.

“Di samping itu, kita juga menekankan aspek-aspek ketenteraan sebahagian subjek harian sepanjang dua tahun pengajian supaya Putera atau pelajar kami dapat membina jati diri dan disiplin supaya menjadi pemimpin berkarektor dan berkaliber pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media bersama Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong di Maktab berkenaan hari ini.

Komandan Maktab Tentera Diraja Brigadier Jeneral Abdul Halim Abu Hassan bercakap pada Majlis Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah Putera Maktab Tentera Diraja 2019 di Maktab Tentera Diraja Malaysia, Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 14 DISEMBER 2019.

Terdahulu, Chin Tong hadir menyempurnakan Perbarisan Tahunan dan Penyampaian Hadiah Putera, Maktab Tentera Doraja, Kem Perdana Sungai Besi pagi tadi.

Perbarisan itu bertujuan untujk menghargai dan mengiktiraf kejayaan Putera Tingkatan 5 tahun 2019 yang telah menamatkan pengajian selama dua tahun di MTD yang disertai seramai 156 pelajar Tingkatan 5 dan 194 pelajar Tingakatan 4 yang diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan, Muhammad Hifzanuddin Mohd Shahiman dari Kompeni Golf.

Ditanya mengenai perningkatan dalam pengambilan pelajar baharu tahun ini di MTD, Abdul Halim menegaskan, bagi pengambilan putera baharu sesi 2020 seramai 250 orang akan diserap disebabkan kapasiti maksimum berkaitan penginapan yang ada di maktab tersebut.

“Jadi putera (pelajar) yang ada har ini tinggal seramai 202 orang dan dengan pertambahan 250 orang baharu nanti, itu adalah jumlah sesuai untuk maktab bagi melaksanakan pengajian dua tahun itu ketika ini,” katanya.

Mengulas mengenai jumlah permohonan yang diterima kali ini ke MTD, beliau menjelaskan bahawa terdapat peningkatan sedikit dalam permohonan di atas talian atau online.

“Pada tahun lepas yang memohon adalah lebih kurang 5,000 orang pelajar dna pada tahun ini ada peningkata sedikit lebih kurang 200 hingga 300 sahaja.

“Tetapi dari segi kualiti akademik juga terdapat sedikit peningkatan dalam kalangan pelajar MTD dan harap ada peningkatan kualiti akademik dalam diri putera- putera tahun depan.

“Bagaimanapun purata tahunan ada peningkatan permohonan sekitar 5000 hingga 5500,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette