Home Politik Jamal halang UMNO Selangor jual bangunan

Jamal halang UMNO Selangor jual bangunan

Datuk Seri Jamal Md Yunos
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bercakap pada Ucapan Maal Hijrah di kediamannya, Jalan 4M, Ampang Jaya, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 11 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kepimpinan UMNO baru-baru ini berhasrat mahu menjual bangunannya di Selangor bagi menjana akaun parti yang telah dibekukan.

Namun ia tidak dipersetujui oleh tiga ketua bahagian iaitu Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Mohamed Satim Diman dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz.

Jamal dalam kenyataannya bersedia mempertahankan premis yang menjadi mercu tanda parti itu daripada melihatnya dijual.

Malah akan berusaha menghalangnya menerusi tindakan kaveat.

“Insya Allah pada Selasa ini pukul 10 pagi, saya akan ke SUK Selangor untuk kaveat Bangunan UMNO Selangor.

“Saya juga sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa jua cabaran yang mendatang,” katanya.- MalaysiaGazette