Home Utama Azmin dakwa saman agensi pelancongan terhadapnya ada kaitan dengan video seks

Azmin dakwa saman agensi pelancongan terhadapnya ada kaitan dengan video seks

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengaitkan syarikat pelancongan yang sebelum ini menyaman beliau kerana didakwa gagal melunaskan bil lawatan ke luar negara dengan video seks sejenis yang tular beberapa bulan lalu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dalam tuntutan balas terhadap saman yang dikemukakan terhadapnya itu mendakwa pemilik agensi pelancongan itu adalah ibu bapa kepada Muhammad Haziq Hasan Mohd Ayub yang ditahan polis berkaitan video seks terbabit.

Beberapa media antaranya FMT dan Malaysiakini melaporkan telah melihat tuntutan balas yang dikemukakan oleh Azmin menerusi Tetuan Daim & Gamani pada Jumaat.

Antara lain tuntutan balas itu menyebut pemegang majoriti saham  YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd adalah Yasmin Hanim Arbee manakala suaminya, Mohd Ayub Hassan merupakan pengerusi syarikat.

Kedua-duanya adalah ibu bapa kepada Haziq dan didakwa menerusi tuntutan balas itu sebagai mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“”Pemfailan saman ini oleh plaintif (YHA) bukan untuk menjaga hak Plaintif tetapi untuk tujuan yang direka bagi merosakkan defendan (Azmin),” kata pemfailan itu

Dalam tuntutan itu juga dinyatakan bahawa penyata tuntutan oleh pasangan suami isteri ini juga telah dibocorkan kepada laman Sarawak Report baru-baru.

Sarawak Report tidak mungkin boleh mengetahui mengenai pemfailan writ dan penyata tuntutan ini atau mendapatkan salinan tersebut tanpa bantuan plaintif.

“Juga ada tujuan lain sehingga membawa kes ini ke mahkamah,” kata pemfailan tuntutan balas itu.

Azmin pada ketika ini telah menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk ganti rugi teladan, kos; dan relif-relif lain dan selanjutnya yang akan diputuskan mahkamah kelak.

Haziq tampil dalam satu video mengaku beliau adalah lelaki yang dalam video seks sejenis bersama seorang lelaki mirip seorang menteri di sebuah hotel yang tular beberapa bulan lalu.

BACA: Gambar dan video intim lelaki mirip seorang menteri tersebar

BACA:Video intim: Pemimpin politik jadi dalang, upah ratusan ribu ringgit – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador baru-baru ini berkata, kemunculan video seks itu didalangi oleh seorang pemimpin politik. – siaGazette

Azmin jawab dakwaan kes saman YHA Travel kerana tolak pinangan

2 Komen

Comments are closed.