KUALA LUMPUR – Pemain berdarah kacukan Australia dan Malaysia, Matthew Davies sah kekal bersama pasukan Pahang FA bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim depan.
Berita itu disahkan oleh pemain pertahanan kanan itu melalui muat naik ringkas di Insta Story di Instagram miliknya.
“Hanya untuk mengesahkan sekali lagi. Saya akan kekal bersama Pahang untuk musim 2020,” ujar beliau.
“Saya sudah tiba di Kuantan dan sudah tidak sabar untuk bermula (latihan dan musim baharu,” tulisnya.
Sebelum ini masa depan bek kanan negara ini bersama Pahang menjadi tanda tanya spekulasi penyokong di media sosial.
Malah dia turut dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa buah pasukan lain di Liga Malaysia seperti Terengganu FC sebelum ini.
Selain Davies, status Dollah Salleh sebagai pengendali skuad Tok Gajah turut masih menjadi tanda tanya kerana kelibatnya belum kelihatan sepanjang latihan musim baharu ketika pasukan lain sedang rancak melakukan persiapan. – MalaysiaGazette