Home Nasional Empat istilah Jawi yang menakutkan

Empat istilah Jawi yang menakutkan

Sukar diterima akal bahawa hanya kerana empat istilah Jawi, iaitu “Bersekutu Bertambah Mutu”, “Bank Negara Malaysia”, “Ringgit Malaysia” dan “Malaysia”, maka:

(1) 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 ADUN-nya, membuat kenyataan bersama pada 31 Julai 2019 bagi mendesak Menteri-Menteri dari DAP menentangnya.

(2) Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon, membuat kenyataan pada 5 Ogos 2019 bagi mendesak DAP memberi tekanan kepada Perdana Menteri untuk menarik balik rancangan kerajaan memperkenalkannya.

(3) DAP memanggil pertemuan khas semua wakil rakyatnya pada 5 Ogos 2019 bagi membincangkan rancangan kerajaan memperkenalkannya.

(4) Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, membidas teruk Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan pada 6 Ogos 2019 ekoran rancangan kerajaan memperkenalkannya.

(5) Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dua kali menyuarakannya dalam mesyuarat Kabinet pada 7 dan 14 Ogos 2019.

(6) Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, mengakui pada 12 Ogos 2019 bahawa DAP sedang berdepan dengan krisis keyakinan akibat perdebatan mengenai isu ini.

(7) Sekumpulan masyarakat India, yang disertai oleh Ahli Exco Kerajaan Selangor, Ganabatirau Veraman, menganjurkan perhimpunan Bantahan Tulisan Jawi, #Puratchi, di Brickfields, pada 23 Ogos 2019.

(8) GERAKAN memfailkan saman terhadap Kerajaan Pusat pada 18 September 2019 bagi mencabar rancangan kerajaan memperkenalkannya.

(9) Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan besar-besaran pertubuhan Cina pada 28 Disember 2019 untuk membantah rancangan kerajaan memperkenalkannya.

Apakah agaknya yang ada di dalam atau di sebalik empat istilah Jawi ini sehingga begitu sekali ia ditakuti lebih daripada takut kepada hantu oleh pihak-pihak ini?

Dan jika masyarakat bukan Melayu boleh bersatu hati untuk menentangnya, mengapa pula masyarakat Melayu langsung tidak boleh bersatu hati untuk menyokongnya?

Penulis adalah Dr Kamarul Zaman Yusoff

2 Komen

  1. Pemimpin melayu semua takut dgn bangsa langsat nie… Puiiii pukimakkau la pemimpin melayu… Takkan nak tunggu org-org melayu mengamuk baru nak tunjuk hero!!!…
    Pemimpin UMNO dari merdeka mmg bodoh lembut
    Pemimpin PPBM mmg bangang tak boleh diikut
    Pemimpin PKR sibuk berjubo
    Adoiii…

Comments are closed.