LONDON – Manchester City mengeruhkan lagi keadaan ArsenalĀ apabila memalukan tuan rumah 3-0 di laman sendiri.
Dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, the Gunners dimalukan seawal minit kedua dengan jaringan Kevin de Bruyne.
Bintang tengah Belgium itu mempamerkan aksi mantap apabila mendahului tuan rumah 3-0 di separuh masa pertama.
Pengurus Sementara Arsenal Freddie Ljungberg gagal membawa impak yang diperlukan pasukan sejak dilantik menggantikan Unai Emery.
Bagaimanapun, Arsenal setakat ini hanya merekodkan satu kemenangan daripada lima perlawanan.
Belum sempat pun menyusun strategi untuk mencari gol penyamaan, the Gunners terus ditimpa malang apabila Raheem Sterling menggandakan jaringan pada minit ke-15.
Dengan separuh masa pertama berbaki 5 minit untuk wisel penangguhan, De Bruyne menambah luka terhadap Arsenal apabila membuka jaringan ketiga pasukan kendalian Pep Guardiola.
Dengan kemenangan itu the Noisy Neighbours kekal di tangga ketiga carta dengan 35 mata dan 14 mata dibelakang pendahulu liga Liverpool yang menang 2-0 ke atas Watford di Anfield Sabtu lalu.
Ia sekaligus memberi tekanan kepada the Kops yang berusaha untuk merangkul gelaran pertama EPL yang masih tak jadi kenyataan selama 30 tahun sejak 1989
Arsenal kini terperangkap dengan perbezaan tujuh mata antara zon penyingkiran dan zon empat pasukan teratas untuk melayakkan diri ke aksi Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan. – MalaysiaGazette