Home Utama Dakwaan arah bunuh Altantuya: Ini cara PH senyapkan saya, kata Najib

Dakwaan arah bunuh Altantuya: Ini cara PH senyapkan saya, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan akuan bersumpah salah seorang yang pembunuh Altantuya Shaaribu, Azilah Hadri bahawa beliau telah memberi arahan untuk membunuh wanita tersebut serta melupuskan mayatnya.

Najib mendakwa, isu tersebut sengaja ditimbulkan semula kerana mahu menutup kelemahan kerajaan Pakatan Harapan selain usaha serta propaganda yang dijalankan mereka menerusi perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan SRC International tidak memberikan impak yang diinginkan.

“PH sekarang amat fobia dengan gelaran kerajaan sepenggal.

“Oleh itu, mereka perlu keluarkan lagi konspirasi baru untuk menentang dan memfitnah saya.

“Saya juga diberitahu bahawa cerita baru PH ini membuka jalan kepada kerajaan PH untuk menahan dan penjarakan saya tanpa jaminan kerana kes pembunuhan tak membenarkan jaminan.

“Barulah saya boleh disenyapkan oleh PH,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Najib, sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri ketika itu, beliau tidak mempunyai kuasa yang sebegitu besar untuk memberi arahan sekejam itu kepada pasukan polis elit negara.

“Kalau hendak percaya akuan bersumpah dari seorang yang sudahpun dijatuhkan hukuman mati maka adakah kita juga perlu percaya akuan bersumpah bahawa bakal PM ke-8 telah mencabul bekas pegawai lelaki dia tahun lepas?

“Adakah hukuman mati bakal di tarik balik atau ditangguhkan dengan akuan bersumpah ini?

“Secara logik, jika saya sebagai Timbalan Perdana Menteri masa itu begitu berkuasa dan begitu kejam sehingga mengarahkan pembunuhan seorang wanita yang sedang mengugut RM500,000 dari seorang kenalan saya, kenapakah ahli-ahli politik PH semua baik-baik belaka sahaja masa saya lebih berkuasa sebagai Perdana Menteri?” soalnya.

BACA: Azilah dakwa Najib arah bunuh Altantuya

Tambah Najib, pembunuhan penterjemah Mongolia itu telah berlaku 13 tahun lalu di mana perbicaraannya telah pun berlangsung selama ratusan hari sebelum Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman mati ke atas Azilah dan rakannya, Sirul Azhar Umar namun tiada bukti yang mengaitkan beliau dengan kes tersebut.

“Saya telah membuat laporan polis terhadap saya tentang kes ini.

“Pihak polis juga mengesahkan tiada bukti untuk kaitkan saya dengan kes tersebut,” katanya lagi sambil mengepil bersama satu pautan laporan berita bertarikh 22 Februari 2019 mengenai perkara itu.

Portal Malaysiakini hari ini menyiarkan pendedahan Azilah yang dibuat dalam sebuah akuan bersumpah mengatakan Najib telah mengarahkannya bersama Sirul Azhar untuk membunuh Altantuya.

Azilah yang kini sedang menunggu hukuman gantung di Penjara Kajang buat pertama kalinya mengakui melakukan pembunuhan tersebut bersama Sirul Azhar yang juga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dalam kejadian yang berlaku 13 tahun lalu.- MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. Matlamat menghalalkan cara..rule of the jungle..kalau nak buka kes lama buka lah semua termasuk kes BBMB yg mana seorang audit yg di hantar utk mengaudit kehilangan penipuan ke atas bank BBMB d bunuh dan d campakkn bwh spohon pisang d Hong Kong…BBMB kerugian ratusan juta ringgit…pd masa itu siapa PM n Menteri kewangan yg bertanggungjawab d atas penipuan BBMB d Hong Kong..Lorrine Osman adalah salah seorang yg terl8bat dlm skandal penipuan BBMB…kenapa kes senyap…kea pembelaan terhadap Jaafar Ibrahim atau Ibrahim Jaafar senyap mcm tu jer….Bnyak lag kes2 lama spt PERWAJA..buka lh…22 tahun x kn buat2 x tahu…

    • setuju betul dengan Deen. itu yang terbaik. PM Ke 4 yang memecHbelah kan bangsa Melayu. sebab dia bukan bangsa Melayu

Comments are closed.