Home Politik Imam PPBM mengelirukan, punca Pas batal kerjasama – Hadi

Imam PPBM mengelirukan, punca Pas batal kerjasama – Hadi

Abdul Hadi Awang (duduk, tengah) bercakap pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar Pas ke-63 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar. foto FAREEZ FADZIL, 29 APRIL 2017.

ALOR SETAR – Kepimpinan serta hala tuju yang tidak jelas merupakan faktor utama Pas tidak meneruskan agenda untuk menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Demikian menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media pada Muktamar Pas hari ini.

Menurut Hadi, kekeliruan dalam aspek kepimpinan PPBM juga menjadikan tahaluf siyasi antara kedua parti tersebut gagal dimeterai.

“Hala tuju PPBM tak jelas, kita tidak tahu siapa pemimpin mereka. Siapa imam, siapa makmum, kita tidak tahu.

“Jadi, kita ambil keputusan untuk tidak bekerjasama denagn mereka (PPBM),” katanya ketika ditanya berkenaan perkara tersebut.

Terdahulu, Pas mewujudkan satu jawatankuasa khas yang dianggotai beberapa pimpinan utamanya sebagai ‘ejen perunding’ bagi tujuan tahaluf siyasi dengan PPBM yang juga diasaskan oleh beberapa bekas pimpinan tinggi UMNO. – MalaysiaGazette