Home Utama Polis perlu teliti SD Azilah sebelum ambil tindakan

Polis perlu teliti SD Azilah sebelum ambil tindakan

Datuk Huzir Mohamed.

SHAH ALAM – Pihak polis perlu meneliti terlebih dahulu surat akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri sebelum mengambil sebarang tindakan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Huzir Mohamed menegaskan, pihaknya masih belum melihat SD yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak berhubung pembunuhan Altantuya Shaaribu.

“Kita belum dapat lagi SD itu, di mana kamu dapat SD itu? Kita belum tengok, kecuali kamu boleh bawa kepada kami.

“Kami akan lihat kemudian, SD itu wujud atau tidak wujud,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Terdahulu, bekas polis elit itu dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan lima tahun lepas dan hari ini Azliah membuat kejutan dengan mengeluarkan SD dalam kes pembunuhan Altantuya.

Azilah dalam dokumen bersumpah itu mendakwa pembunuhan itu diarahkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan rapatnya Razak Baginda.

Dalam pada itu, ditanya sama ada Bukit Aman akan menghantar pegawai untuk bertemu Azilah, Huzir berkata, pihaknya akan bertindak sedemikian selepas mendapat maklumat kesahihan SD.

“Kita perlu pastikan kebenaran SD itu sebelum itu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Azilah dakwa Najib arah bunuh Altantuya

2 Komen

  1. Duk dalam penjara pon boleh bikin SD ka? Nak tahu jugak saper kat luar penjara tu boleh kasi tolong bikin SD untuk banduan? Saja tanya…

  2. Pembunuh upahan kan ramai, buat kotor tangan polis sahaja, bunuh orang lepas tu kena tangkap. Ini kerja bodoh kalau polis sendiri yang arahkan staff dia bunuh orang.

Comments are closed.