Home Politik Apa PH cuba sembunyi dalam isu Bandar Malaysia?

Apa PH cuba sembunyi dalam isu Bandar Malaysia?

Replika Bandar Malaysia yang diperagakan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Bandar Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 17 DISEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata ada dua fakta yang tidak disebut oleh kerajaan berkaitan projek Bandar Malaysia.

Pertama, kewujudan Pangkalan Udara TUDM Sendayan dan Pasukan Gerakan Udara PDRM Subang serta enam pangkalan lain yang dibina atau dinaiktarafkan oleh 1MDB.

“Walaupun nyata-nyata sudah siap dan sedang digunakan, pangkalan-pangkalan ini tidak pernah diakui oleh PH.

“Ini ialah kerana PH masih mahu rakyat percaya bahawa 1MDB membeli tanah TUDM Sungai Besi dengan murah.

“Tapi yang tidak disebutkan ialah selain harga tanah yang sudah dibayar, syarat pembelian tanah itu juga membabitkan kos pembinaan pangkalan-pangkalan melebihi RM3 bilion yang perlu ditanggung penuh oleh 1MDB melalui sebahagian hutangnya.

“Pangkalan-pangkalan ini nyata-nyata sudah dibina dan ada di depan mata tapi PH buat-buat tak nampak,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Fakta kedua, katanya, kerajaan PH yang benar-benar jual Sungai Besi kepada syarikat China bukan kerajaan BN.

“Memang benar kerajaan BN pernah menjual sebahagian projek Bandar Malaysia di Sungai Besi itu pada bulan Disember 2015 kepada sebuah konsortium Malaysia-China.

“Namun, penjualan itu sudah dibatalkan pada bulan Mei 2017 kerana kerajaan BN mahu memajukan projek ini melalui kaedah penjualan hak pembinaan dan bukan penjualan tanah,” kata Ahli Parlimen Pekan itu lagi.

Dengan kaedah itu, katanya, negara boleh menjana keuntungan yang jauh lebih tinggi.

Bagaimanapun, kerajaan PH telah menjual balik sebahagian projek Bandar Malaysia pada bulan April 2019 kepada konsortium Malaysia-China yang sama.

“Harga penjualan itu juga tidak pernah didedahkan oleh kerajaan PH, saya diberitahu ianya sekurang-kurangnya RM7.41 bilion,” katanya.

Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Bandar Malaysia di Putrajaya.

Terdahulu, Najib mendakwa pimpinan PH yang memfitnahnya menjual Bandar Malaysia kepada China.

“Petang tadi, mereka (pimpinan PH) telah tandatangan perjanjian untuk jual Bandar Malaysia,” katanya.

Menurutnya, ia projek, nilai dan peratusan jualan yang sama seperti sebelum ini.

“Hari ini, mereka mengeluarkan siaran media bahawa projek ini banyak bagus untuk pembangunan negara dan bakal membawa keuntungan besar kepada Malaysia.

“Keuntungan hampir RM100 bilion besarnya – jauth lebih tinggi berbanding hutang RM32 bilion 1MDB,” kata Najib.- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. KERAjaan monyet.. tuduh dan fitnah org mcm2.. kmdian dia ambil projek yg tlah di usahakan org lain dan claim itu adlah kejayaan KERAjaan phancing

  2. kerajaan pakatan hancing apa yang orang lain buat semuanya tak betul. dalam masa yang sama mereka melakukan lebih dahsat dari itu. semua hak negara terutamanya kepentingan Melayu habis dijualnya. Lepas itu salahkan orang lain. rakyat sekarang tidak sebodoh dizaman PM ke 4. banyak yang dibangkerapkan seperti perwaja steel, BBMB dan banyak lagi. haramjadah punya manusia yang berfikiran untok tidak membela rakyat

  3. kalau ph tak tunjuk umno pun boleh tunjuk supaya rakyat tahu. sekarang zaman internet. dunia terbuka. saya tunggu nak tengok projek 1mdb yang sudah siap dibena. nyatakan laman web nya untok rakyat menyaksikan nya

Comments are closed.