Home Nasional Tun M enggan ulas isu VVIP jumpa Azilah

Tun M enggan ulas isu VVIP jumpa Azilah

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diiringi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta yang lain hadir pada Majlis Menandatangani Perjanjian Bandar Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 17 DISEMBER 2019.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri hari ini enggan mengulas ketika ditanya wartawan sama ada beliau ada berjumpa dengan Azilah Hadri atau tidak.

Sambil tersenyum, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum bangun menamatkan sidang media susulan lawatannya ke Bandar Malaysia selepas menyaksikan majlis permeteraian perjanjian antara TRX City Sdn Bhd (TRXC) dan IWH CREC Sdn Bhd (IWH-CREC) hari ini.

Sebelum itu, ada dakwaan mengatakan Azilah yang juga bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis ada berjumpa dengan VVIP sebelum mengemukakan akuan bersumpah (AD) mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengarahkannya membunuh Altantanyu Shaariibu.

Azilah kini di Penjara Kajang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati.

Terdahulu, peguambela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa Azilah berjumpa dengan seorang VVIP di luar penjara Kajang pada Februari lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Azilah bertemu ‘VVIP’ di luar penjara -Shafee

4 Komen

  1. Boleh pula banduan keluar jumpa VViP, banduan hanya boleh keluar ke Mahkamah atau atas perintah mahkamah, Pengaran Penjara perlu memberi penerangan

  2. Kalau dah PENIPU TEGAR dan PENGFITNAH TEGAR, kalau dh xboleh jwb…jawaban yg akn diberi samada TAK TAU atau pun TIADA LANGSUNG JAWABAN..

  3. Ayat dan susunan perenggan dlm SD Azilah teratur dan panjang lebar. Ada masa pulak dia nak menulis, kan???? Kenapa PM7 tak berani keluarkan kata²??? paling tidak gunalah istilah biasa dan klasik “saya tak tau”…….

Comments are closed.