Home Ekonomi Tahun 2020 mencabar buat ekonomi, pasaran

Tahun 2020 mencabar buat ekonomi, pasaran

KUALA LUMPUR – MIDF Research meramalkan lebih banyak cabaran dalam persekitaran ekonomi global pada tahun 2020 rentetan penurunan dalam permintaan global, peningkatan risiko geopolitik dan kekurangan momentum pertumbuhan ekonomi negara kuasa besar ekonomi dunia terutamanya Amerika Syarikat, China dan Eropah.

Perkembangan terbaharu dalam senario geopolitik menunjukkan pasaran modal mencabar dalam masa terdekat ini.

Lantaran itu, MIDF Research menjangkakan isu-isu seperti ketegangan perdagangan dan perang dagang, fokus Kesatuan Eropah (EU) terhadap isu perubahan iklim, perkembangan dasar monetari dan penurunan kadar faedah, pemotongan bekalan OPEC dan impaknya terhadap harga minyak mentah dunia juga reformasi kawal selia dan pembinaan semula projek mega infrastruktur domestik seperti ECRL akan terus menimbulkan ketidakpastian, lantas menjejaskan sentimen para pelabur.

Ini akan menyebabkan peningkatan volatiliti bukan sahaja pada pasaran ekuiti tempatan, tetapi juga di pasaran-pasaran serantau.

Menurutnya, FTSE Bursa Malaysia (FBMKLCI) telah tutup pada kadar 1,569.4 mata, mencatatkan kerugian berjumlah -7.1% untuk tahun 2019,setakat 13 Disember 2019, merupakan salah satu pasaran yang lembap dalam kalangan saingan serantau pada tahun ini meskipun secara relatif, biarpun ia selari sepanjang tempoh pemerhatian dua tahun kebelakangan ini.

Pasaran saham Malaysia juga menyaksikan aliran keluar sebanyak RM11.69 bilion, setakat 13 Disember 2019, yang mana jualan bersih dana pelabur asing telah direkodkan sebanyak 34 minggu.

Namun, penurunan dalam pegangan saham asing di pasaran tempatan adalah marginal, kata firma penyelidikan itu.

Pasaran-pasaran lain di rantau asia juga mula menunjukkan peningkatan tinggi aliran keluar dana pelabur asingpada separuh kedua 2019.

Pertumbuhan tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 4.4.% pada suku ketiga 2019, seperti yang diunjurkan ekoran aktiviti-aktiviti pelaburan yang lebih perlahan dan perdagangan luaran yang lemah, sekali gus
memberi kesan berterusan kepada kelembapan pertumbuhan ekonomi.

Sementara itu, inflasi terus kekal akomodatif, pada kadar purata 0.6%.

Manakala, ringgit berada di tahap di bawah tekanan kepada RM4.1345 berbanding dolar Amerika Syarikat akibat peningkatan nilai mata wang tersebut.

Tambahnya, ekonomi Malaysia akan terus berkembang agak sederhana pada kadar 4.5% bagi tahun 2020 disebabkan faktor global dan domestik seperti peningkatan tekanan inflasi.

Tekanan inflasi pada tahun hadapan dijangka meningkat secara mendadak kepada 2.4% ekoran dasar kerajaan dalam subsidi petrol.

Di sebalik kebimbangan terhadap prestasi perdagangan luaran, MIDF Research menjangkakan sektor-sektor berasaskan komoditi untuk menangani sebahagian daripadanya.

Untuk tahun 2020, harga komoditi global dianggarkan kekal pada tahap menguntungkan dan MIDF Research meramalkan harga minyak mentah Brent untuk kekal purata pada AS$65 setong dan minyak sawit mentah pada RM2450 setan metrik.

MIDF Research juga menjangkakan Bank Negara untuk mengambil mengurangkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas pada suku pertama 2020 dengan ringgit yang mungkin menyusut berterusan kepada RM4.20 berbanding dolar Aamerika Syarikat pada hujung tahun 2020 dan purata pada RM4.18.

Sebagai kesimpulan FBM KLCI diunjur berada pada 1,680 mata pada tahun 2020 – tahap terendah bagi nisbah pendapatan kepada harga (PER) sebanyak 16.5x untuk faktor kepada risiko pendapatan akibat daripada kebimbangan yang diketengahkan, kata firma itu. – MalaysiaGazette