Home Nasional Tetuan Out Of Home diberi notis, surat tunjuk sebab

Tetuan Out Of Home diberi notis, surat tunjuk sebab

Paparan iklan SugarBook yang pernah tular di media sosial.

KUALA LUMPUR –  Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah mengeluarkan notis amaran serta surat tunjuk sebab kepada pihak syarikat operator,  Tetuan Out Of Home susulan paparan  visual SugarBook di Bangsar dan Bukit Kiara, semalam.

Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif YWP berkata, pihaknya mengambil tindakan segera dengan menghubungi operator dan mengarahkan paparan visual SugarBook di Bangsar dan Bukit Kiara dihentikan dan diturunkan selepas menerima aduan mengenainya pada jam 8.15 malam.

“Pada jam 9.45 malam, berdasarkan pemeriksaan oleh YWP di lokasi-lokasi yang berkenaan, mendapati paparan visual tersebut telah dihentikan dan diturunkan sebagaimana arahan yang dikeluarkan,” katanya.

Orang ramai yang berada di dua lokasi berkenaan melahirkan rasa terkejut dengan paparan gambar iklan tersebut yang tidak senonoh dan lucah itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.