Home Nasional Sugarbook bukan tawar pekerja seks

Sugarbook bukan tawar pekerja seks

Papan iklan Sugarbook yang tidak sensitif dengan ajaran Islam bawah kerajaan Rahmatan Lil 'Alamin.

KUALA LUMPUR – Aplikasi Sugarbook dibangunkan untuk memberi peluang kepada wanita dengan memberi mereka platform temu janji untuk memilih secara bebas apa yang mereka mahu dalam perhubungan yang ideal.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook, Darren Chan berkata, walaupun menyedari kebimbangan tentang aplikasi itu, pihaknya berharap orang ramai memahaminya tujuan mereka mengangkat kaum hawa dengan meningkatkan kemampuan mereka untuk dapat memilih dengan bebas.

Tegas beliau, kata kunci di sini adalah ‘pilihan’ dan Sugarbook adalah mengenai menyediakan orang-orang kami pilihan yang tepat.

“Sugar Baby pula bukan pekerja seks haram. Mereka tidak menjual badan mereka untuk nilai kewangan.

“Mereka adalah orang sebenar dari semua lapisan masyarakat, contohnya ibu tunggal yang kesusahan, suri rumah, janda, dan mereka yang bercerai.

“Walaupun kami percaya niat orang ramai adalah baik, tidak adil untuk mengharamkan kami.

“Pada akhirnya,kami gusar permintaan ini akan melemahkan kebebasan dan kebebasan rakyat Malaysia,” katanya Darren di laman Twitter miliknya.

Sugarbook merupakan aplikasi khidmat lelaki dan wanita simpanan yang tidak selari dengan norma masyarakat Malaysia.

Hari ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menarik balik paparan iklan SugarBook di Bangsar dan Bukit Kiara di sini kerana mempunyai unsur lucah dan tidak mendapat kelulusan agensi penguatkuasa itu.

DBKL berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati pelesenan struktur iklan berkenaan merupakan milik YWP yang telah melantik Tetuan Out of Home sebagai operator.

Sehubungan itu, katanya, YWP dan Tetuan Out of Home untuk menarik balik segera paparan iklan berkenaan di kedua-dua lokasi tersebut. – MalaysiaGazette