TERKINI : ASB 5.0 Sen Seunit “Saya Berpuas Hati” – Tan Sri Dr. Zeti Akhtar

KUALA LUMPUR – “Saya berpuas hati kerana keadaan sangat mencabar,” kata Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz ketika ditanya apakah beliau berpuas hati dengan agihan pendapatan Amanah Saham Berhad (ASB) yang diumumkan hari ini.

PNB mengumumkan agihan pendapatan ASB 2019 sebanyak lima sen ditambah bonus sebanyak 0.50 sen, kadar terendah dalam sejarah.