Home Politik Dulu kata Bandar Malaysia gadai negara, kenapa teruskan?

Dulu kata Bandar Malaysia gadai negara, kenapa teruskan?

Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Projek pembangunan Bandar Malaysia sepatutnya dibatalkan seandainya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bermaruah dan berprinsip.

“Batalkanlah kalau Bandar Malaysia projek yang menggadai Malaysia kepada China. Kenapa diteruskan?” soal Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Dulu, katanya, PH mengkritik Projek Bandar Malaysia dengan menuduh projek ini menggadaikan Malaysia kepada China.

Apabila Barisan Nasional (BN) menerangkan bahawa projek ini sangat bernilai kepada Malaysia, PH mendakwa Datuk Seri Najib Razak berbohong.

“Dan kini segalanya bertukar. Mereka tanpa rasa malu atau bersalah mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini sangat baik untuk negara dan bakal membawa keuntungan besar kepada Malaysia,” katanya.

Shamsul Anuar mengingatkan pimpinan Kerajaan PH jangan memperbodohkan rakyat lagi kerana rakyat boleh menilai.

“Anda nilailah Kerajaan PH ni.

“Terlalu banyak sangat U-turn Kerajaan PH lakukan,” bidasnya sambil berkata, apapun yang dilakukan oleh kerajaan, Projek Bandar Malaysia adalah hasil idea Najib dan diilhamkan oleh Kerajaan BN bukan Kerajaan PH. – MalaysiaGazette