Kesilapan juruterbang atau masalah teknikal mungkin merupakan punca nahas udara di Laut Hitam semalam yang mengorbankan 92 nyawa, kata Menteri Pengangkutan Rusia.
Pesawat tentera itu terhempas ketika dalam penerbangan dari Sochi ke Syria.
Antara penumpang pesawat itu ialah kumpulan koir tentera Rusia yang merancang melakukan persembahan konsert tahun baru di pengkalan tentera Rusia di Syria.
Menteri Pengangkutan, Maxim Sokolov dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen berkata, para penyiasat melihat kepada kesilapan juruterbang atau masalah teknikal manakala serangan pengganas tidak termasuk dalam teori utama.
Pasukan penyelamatmasih meneruskan operasi mencari mangsa.
Pesawat Tupolev, TU-154 buatan Rusia itu membawa 84 penumpang dan lapan anakl kapal.
Pasukan penyelamat menemui serpihan pesawat kira-kira 1.6 kilometer dari pantai.
Sehingga malam semalam, pasukan penyelamat telah menemui 11 mayat.
Lebih daripada 3,000 anggota penyelamat dan 32 buah kapal, termasuk 100 penyelam, dikerahkan ke lokasi kemalangan di laut dan pantai, kata Kementerian Pertahanan.
Selain daripada kumpulan koir, mereka yang berada dalam pesawat malang itu ialah para wartawan dan doktor warga Rusia.
Sokolov berkata, Rusia tidak melihat keperluan untuk meningkatkan tahap keselamatan di lapangan terbang negara itu.
Sebuah pesawat yang mayat mangsa telah mendarat di Moscow di mana mayat itu akan dikenalpasti, tambah beliau.
Hari ini diumumkan sebagai hari berkabung di Rusia. – Agensi