KUALA LUMPUR – DAP digesa supaya memberikan jawapan mengenai keengganan serta kedegilan mereka untuk menghapuskan sekolah vernakular di negara ini.
Gesaan itu dibuat oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang hairan dengan sikap DAP yang takut apabila ada pihak mencabar kedudukan sekolah itu.
Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahaya yang mempersoalkan perkara itu berkata, adakah DAP mahu rakyat di negara ini terus berpecah disebabkan ‘pengasingan’ masyarakat sejak dari peringkat sekolah.
“Apakah DAP menyokong tindakan sekolah-sekolah vernakular yang tidak menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa utama yang menjadikannya melanggar Perlembagaan?
“Apakah DAP bersetuju dengan sikap dan pendirian sekolah-sekolah vernakular yang menolak pembelajaran Jawi?” soal beliau menerusi kenyataan hari ini.
Aminuddin menegaskan, DAP perlu menjawab persoalan-persoalan itu apabila mengambil sikap menyokong kewujudan sekolah vernakular yang sebenarnya menjadi punca utama berlakunya jurang antara kaum di negara ini.
“DAP tidak boleh berselindung dari sifat mereka yang rasis walaupun kononya parti mereka adalah parti pelbagai kaum kerana tindakan-tindakan mereka membuktikan mereka sememangnya rasis,” ujarnya.
Sebelum ini, DAP menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan mencabar kesahihan sekolah vernakular di mahkamah bagi mengisytiharkannya tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP akan mempertahankan bersungguh-sungguh hak Perlembagaan untuk mewujudkan sekolah Cina dan Tamil, dengan membawa isu itu ke dalam mesyuarat Kabinet esok.
Beliau turut didakwa berkata, kerajaan mesti mengarahkan peguam negara membantah perkara itu. – MalaysiaGazette
sepatutnya sekolah SJK vanukular ini sudah lama dihapuskan. inilahenunjokkan kelemahan pemimpin2 dahulu. Inilah salah satu yang menyebabkan pecahkan perpaduan ditambah dengan parti DAPig IBU segala rasis. bangsa2 ini tak boleh diberi muka. nanti abis seluroh angguta dijajahnya, ditelanjangkannya. bangsa haramjadah kafir harbi ni memang tak patut sama sekali dibuat baik. Melayu terlampau lembut. ada sesetengah Melayu suka jadi penjilat bangsa yang tak cebok pulak. hI letih nak bagi tahu tak sedar2.yang kecundang anak cucu ko nanti awas