Home Dunia Puluhan orang awam ditahan bantah pindaan akta kewarganegaraan

Puluhan orang awam ditahan bantah pindaan akta kewarganegaraan

Puluhan orang awam di tahan selepas berhimpun bantah kelulusan akta pindaan kewarganegaraan di India

NEW DELHI – Polis di India hari ini menahan berpuluh orang awam termasuk pelajar undang-undang yang membantah pindaan Akta Kewarganegaraan India yang diluluskan di Parlimen minggu lalu.

Tindakan itu dilaksanakan polis selepas puluhan orang awam yang berkumpul dan memprotes kelulusan akta itu menganggap ia mendiskriminasikan kaum minoriti dan anti-Muslim di negara tersebut.

Tangkapan itu dibuat selepas mereka berkumpul di hadapan Red Fort bersejarah ibu kota India di New Delhi selepas menentang pengharaman perhimpunan awam.

Rentetan pencetusan protes ganas sebagai menentang undang-undang itu sejak minggu lalu, pihak berkuasa di ibu kota itu mengenakan larangan berhimpun bermula hari ini.

Polis di negeri utara Uttar Pradesh, juga mengisytiharkan larang berhimpun secara terbuka.

Turut menguatkuasakan larangan berhimpun adalah di negeri yang menjadi nadi syarikat Multinasional Teknologi Maklumat dan perisian di Lembah Silikon India, Bengaluru sehingga 21 Disember ini.

Di Delhi, pelajar institusi pengajian tinggi, ahli politik dan aktivis hak asasi manusia juga menganjurkan himpunan aman di hadapan Red Fort menentang pindaan akta kewarganegaraan yang diluluskan kerajaan Nasionalis Hindu minggu lalu.

Perdana Menteri Narendra Modi membawa bil berkenaan yang membenarkan rakyat kumpulan agama minoriti daripada negara-negara Islam jiran iaitu Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan yang telah menetap di India sebelum 2015 boleh memohon kewarganegaraan.

“Kami di sini untuk mendemosntrasikan bantahan secara aman terhadap akta diskriminasi itu,” kata Mohammed Maz yang sebelum ditahan polis di hadapan Red Fort.

Pada ahad lalu polis telah melancarkan gas pemedih mata untuk menyuraikan ratusan pelajar Universiti Jamia Millia yang memprotes selum tercedera.-MalaysiaGazette