Home Akhbar Cina Laporan UEC tidak ditunda hingga 2020

Laporan UEC tidak ditunda hingga 2020

Eddin Khoo Bu Eng
Eddin Khoo

KUALA LUMPUR – Laporan mengenai Peperiksaan Bersepadu Sekolah Persendirian Cina (UEC) tidak akan ditunda sehingga ke tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Khas UEC, Eddin Khoo berkata, laporan itu sangat lengkap iaitu mencecah 10,000 perkataan dengan merangkumi pandangan 95 buah organisasi dan individu.

Walaupun mengakui kekurangan masa untuk menyiapkan laporan itu, Eddin bagaimanapun memberitahu dokumen itu akan diserahkan pada tahun 2019.

“Setiap kali apabila kami hampir menyelesaikannya, ada pihak yang mahu mengemukakan pandangan dan cadangan.

“Walau bagaimanapun, laporan ini sudah berada di peringkat akhir,” katanya kepada China Press.

BACA: Kajian UEC sudah di peringkat akhir – Maszlee

Penyerahan laporan itu sudah ditunda tiga kali walaupun pada mulanya ia sepatutnya disiapkan pada Julai tahun ini.

Tarikh penyerahan laporan kemudian ditunda ke Ogos, September dan seterusnya akhir Oktober.

Namun begitu, sehingga hari ini laporan itu masih tidak dapat disiapkan seratus peratus untuk diserahkan kepada Kementerian Pendidikan. – MalaysiaGazette