TERKINI : Tun M Mahu Perdagangan Guna Dinar Emas, Sistem Barter Dilaksanakan

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap idea mewujudkan perdagangan menggunakan dinar emas dan barter di antara negara Islam dapat direalisasikan.

Idea tersebut pernah berulang-kali diutarakan sebelum ini bagaimanapun gagal untuk dilaksanakan.