KUALA LUMPUR – Mencecah 13 tahun menceburi bidang seni, tahun 2020 akan menjadi suatu yang istimewa Sherry Alhadad.
Ini kerana, Sharifah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 35, mahu merealisasikan impiannya untuk menganjurkan bengkel membina keyakinan dalam kalangan pengikutnya.
Idea ini tercetus menerusi respons yang sering diterimanya menerusi Direct Messange (DM) Instagra.
Rata-rata pengikutnya di laman sosial itu sering mengajukan soalan bagaimana untuk tampil dengan yakin.
“Saya sebenarnya sudah lama simpan azam untuk lebih kerap turun padang melakukan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan sebab saya ingin memberi kembali kepada mereka di luar sana.
“Saya akui saya bukan orang senang tetapi saya akan cuba membantu dengan menganjurkan bengkel bina keyakinan sebab saya dapat banyak DM (direct message) daripada pengikut di Instagram meminta pendapat bagaimana saya bina keyakinan diri sedangkan ada yang menghina dan mengejek saiz tubuh badan saya yang besar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa program Dansa Dan Sing.
Bengkel keyakinan diri ini ujar Sherry secara percuma dan untuk peminat wanita sahaja.
“InsyaAllah tahun depan jika diberikan rezeki, saya akan turun padang dan anjurkan bengkel ini secara percuma untuk peminat saya, kalau boleh saya nak peminat wanita sahaja. Cumanya untuk merealisasikan perkara ini saya perlukan pasukan yang besar agar semuanya berjalan lancar dan tersusun seperti dirancang,” katanya.- MalaysiaGazette