PUCHONG – Penduduk Taman Lestari Permai yang mengalami masalah bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air Semenyih dihentikan sejak awal pagi semalam meminta Air Selangor segera menangani masalah itu.
Ini kerana, operasi penghantaran bekalan air yang dijanjikan oleh Air Selangor kepada pengguna-pengguna yang terjejas hanya indah khabar dari rupa sahaja.