MOSCOW – Salah sebuah pesawat pejuang, Su-57, milik Rusia terhempas ketika melakukan ujian penerbangan rutin berhampiran kilang pesawat itu di Komsomolsk-on-Amur, timur jauh.
Juruterbang pesawat terbabit sempat menyelamatkan diri dan sebuah helikopter, Mi-8, digunakan untuk mengambil juruterbang tersebut.
Pesawat yang terlibat dalam kemalangan itu dimiliki syarikat pembuatnya dan ia sedang menjalani beberapa siri ujian 110 kilometer dari pengkalan udara Dzyomgi, di wilayah Khabarovsk, Rusia, lapor RT.
Tiada kematian dan kerosakan dilaporkan di darat, menurut kenyataan ringkas pembuat pesawat itu. Kotak hitam pesawat itu masih belum ditemui.
Pesawat genberasi kelima itu telah menjalani ujian sejak 2010 dan hanya memasuki fasa pengeluaran pada tahun ini.
Setakat ini, Rusia hanya mempunyai beberapa pesawat Su-57 yang dibuat semasa tempoh pra pengeluaran.
Bagaimanapun persawat tersebut telah diuji dalam keadaan peperangan ketika mengambil bahagian dalam kempen anti keganasan di Syria.
Berikutan ciri-ciri kawalan penerbangan dan supersonik yang ada pada pesawat stealth Su-57, ia sedia menjadi tulang belakang kepada Rusia semasa peperangan.
Pesawat Su-57 akan dilengkapi dengan bom bintar dan peluru berpandi hipersonik seperti Kinzhal. – Agensi