KUALA LUMPUR – Seorang lelaki rentung di bahagian tempat duduk pemandu selepas kereta yang dinaiki terbakar dalam kejadian yang berlaku di Taman Batu, di sini malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memakumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada pukul 8.12 malam.
Katanya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang diketuai Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said digegaskan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kereta Proton Wira sedang marak terbakar dan anggota mendapati terdapat seorang lelaki berusia 50-an rentung di bahagian tempat duduk pemandu,” demikian menurut kenyataan itu.
Tambahnya, kebakaran dapat dipadamkan dengan mengambil masa sembilan minit kemudian.
Katanya, kereta terbabit musnah 90 peratus dan punca kejadian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette