Home Nasional Bekalan air hampir pulih

Bekalan air hampir pulih

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekalan air di semua kawasan yang terjejas akibat berlaku pencemaran bau sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup pada pagi Sabtu lalu hampir pulih sepenuhnya.

Setakat jam 6 pagi tadi peratusan pemulihan mencapai tahap 98.4%.

Air Selangor berkata, kawasan-kawasan yang hampir pulih itu ialah Petaling (97.3%), Sepang dan Putrajaya (99.1%), Hulu Langat (98.8%) dan Kuala Langat (100%).

Artikel berkaitan:Hanya LRA Sungai Semenyih yang sudah beroperasi

Kadar pencemaran kekal, LRA Sungai Semenyih belum beroperasi

Loji Air Sungai Semenyih belum boleh beroperasi lagi

LRA Sungai Semenyih mula beroperasi

Operasi Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dihenti sementara ekoran pencemaran bau

Walaupun bekalan air semakin pulih, di hampir semua kawasan, air selangor masih menggerakkan bantuan kecemasan seperti lori tangki, PKS dan pili pili awam sehingga keseluruhan kawasan pulih sepenuhnya. – MalaysiaGazette