Home Nasional Peniaga pun mengeluh, kedai semakin sepi

Peniaga pun mengeluh, kedai semakin sepi

Peniaga, Lee Chow Han,64 ketika ditemubual pada tinjauan mengenai kenaikan harga bawang di pasaran di Pasar Besar Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 27 DISEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Memulakan perniagaan sejak 10 tahun lalu, Lee Chow Han, 64 kini mengakui kedai runcitnya yang terletak di Pasar Sungai Besi tidak lagi semeriah dulu apabila pelanggan semakin menyusut.

Perniagaannya tidak lagi serancak seperti berikutan kos sara hidup yang semakin tinggi mengakibatkan kuasa beli mengecil.

Paling buruk, Chow Han terpaksa menutup kedai setiap jam 1 tengah hari sejak beberapa tahun kerana pelanggan kurang.

“Orang beli pun bawang setakat dua, tiga biji bawang sahaja macam mana. Bukan setakat bawang, orang pun dah kurang membeli benda lain. Dulu kedai runcit sampai pukul 6 masih ramai pembeli, sekarang pukul 11 orang sudah tiada.

“Pukul 1 saya dah tutup kedai sebab sudah tiada pelanggan sangat yang datang, duduk sahaja. Daripada duduk sahaja di kedai lebih baik tutup kedai. Tidur sampai kedai tutup,” katanya lagi.

Bukan sahaja kerana harga barangan yang konsisten meningkat saban tahun, malah kewujudan pasar raya besar juga mengakibatkan kedai runcit semakin sukar bertahan.

Namun beliau dan suami terpaksa meneruskan perniagaan kerana hanya itu sahaja punca pendapatan pasangan warga emas itu.

Sebahagian tanda harga mengikut jenis bawang yang dipamerkan oleh peniaga ketika tinjauan mengenai kenaikan harga bawang di pasaran di Pasar Besar Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 27 DISEMBER 2019.

“Banyak masa tidur sahaja di kedai tapi apakan daya, kami sudah tua, ini sahaja mampu kami buat, berniaga sahajalah,” kata beliau.

Bukan sahaja pelanggan yang merasai kenaikan harga barang sebagai peruncit sepertinya, Chow Han turut mengeluh dengan tindakan pemborong menaikkan harga sewenanganya.

Beliau memberi contoh harga tepung ubi dan tepung pulut yang dinaikkan pemborong RM1 selang beberapa minggu sahaja.

“Barang lain pula boleh katakan tiap minggu naik, kejap-kejap naik harga. Contohnya tepung ubi, tepung pulut. Naik RM1, RM2. Naik turun suka hati,” tambahnya. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. PH menang rakyat senang , nampak macam celaka saja sekarang . Ghairah nk ubah konon , akhir nya rebah . Kesian kan kena kencing malah berak sekali .

  2. Tahniah kerana memilih PH… Ini la jawapan bg yg memilih Ph… PRU15 agak2 nk undi PH lg ke wahai rakyat malaysia yg bijaksana

  3. TEPOK TANGAN PADA YANG PANGKAH PAKATAN HANCING PH. JANGAN MENGELOH KATA NAK BERUBAH. OK LAER TU KAN DAH BERUBAH. BANGGANG BANGGANG YANG MEMANGKAH PH

  4. Rakyat yg bodoh memilih ph.
    Ingat kehidupan lebih baik selepas memilih ph.
    Ternyata semasa BN kehidupan rakyat lebih baik.
    Tk ada penyakit cari penyakit..

Comments are closed.