TOKYO – Harga minyak meningkat pada Jumaat, merekodkan paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan selepas data perbelanjaan atas talian pengguna AS dikeluarkan.
Ini telah menambah keyakinan terhadap ekonomi nombor satu dunia itu meskipun harapan untuk menamatkan perang perdagangan di antara Washington-Beijing masih belum berakhir.
Harga hadapan minyak mentah Brent naik enam sen kepada AS$67.98 setong pada 0612 GMT, kenaikan tertinggi sejak September manakala kontrak West Texas Intermediate CLc1, naik 11 peratus kepada AS$61.79 setong.
Kenaikan harga minyak itu turut dirangsang oleh harapan Tahun Baharu supaya perang tarif di antara AS-China berakhir.
Kesan buruk yang berlaku sepanjang pertelingkahan perdagangan itu telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi global, terbaharu, data perdagangan Jepun yang merupakan ekonomi ketiga besar dunia menunjukkan output industri menguncup buat kali bulan kedua pada November.- Agensi