Home Ekonomi RON97 naik 5 sen

RON97 naik 5 sen

petrol
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter daripada RM2.58 seliter kepada RM2.63 seliter mulai esok hingga 3 Januari 2020.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM) harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing adalah RM2.33 seliter dan RM2.39 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, ini menunjukkan kenaikan daripada minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.28 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.34 seliter.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Tambahnya, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh
kerajaan bagi tempoh 28 Disember 2019 sehingga 3 Januari 2020 adalah berjumlah RM117.06 juta. – MalaysiaGazette