Home Politik Sudah 3 kali Zahid selamatkan tengkuk Hishammuddin – Lokman

Sudah 3 kali Zahid selamatkan tengkuk Hishammuddin – Lokman

Lokman Noor Adam slander Syariah Chief Judge Dr Mohd Na’im Mokhtar sexual harassment
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Sudah tiga kali Presiden UMNO ‘menjaga tengkuk’ Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Itu dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang mengkritik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa beberapa kali menggunakan kuasa membatalkan siasatan disiplin parti terhadap Ahli Parlimen Sembrong.

“Presiden (Ahmad Zahid) sepatutnya membiarkan siasatan terhadap Hishammuddin dan kalau mahu selamatkan dia buat selepas itu, ini nampak sangat,” ujarnya dalam video yang dimuatnaik di media sosialnya hari ini.

Mengenai isu yang sama, Lokman mendakwa sudah beberapa kali membawanya ke mesyuarat MT UMNO namun ia tidak dilayan.

Justeru beliau yakin melalui sokongan akar umbi ahli parti tindakannya mendapat sokongan kerana ia demi kepentingan UMNO sendiri.

Semalam, beliau mendedahkan perkara itu sebagai menyokong tindakan Tan Sri Apandi Ali yang mahu meletak jawatan selepas arahan Jawatankuasa Disiplin UMNO mengambil keterangan Hishammuddin dibatalkan oleh Ahmad Zahid.

Hishammuddin sebelum itu didakwa mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pakatan Harapan dan didakwa menjadi kepala membawa ahli parlimen BN ‘melompat’ ke parti kerajaan itu.- MalaysiaGazette