Home Politik Lokman parasit UMNO, perlu dipecat

Lokman parasit UMNO, perlu dipecat

Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Nor Adam
Lokman Nor Adam

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Johor menyifatkan kenyataan Datuk Lokman Noor Adam yang tersebar di media sosial baru-baru ini sebagai tindakan serius yang melampau dan keterlaluan.

Ketuanya, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, ia merupakan serangan yang tidak wajar terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pucuk pimpinan parti.

Beliau turut menggambarkan Lokman kini umpama anai-anai yang menggigit rapuh keutuhan parti yang telah dibina semula selepas kekalahan Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Ini adalah tindakan kebudak-budakan dan sama sekali tidak mencerminkan keperibadian seorang Ahli MT UMNO.

“Ini bukan kali pertama “serangan” secara terbuka Lokman terhadap kepimpinan parti, bahkan pelbagai tuduhan beliau lemparkan terhadap kepimpinan UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, ketua Pemuda Malaysia dan Pemimpin-pemimpin UMNO lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Hairi menambah, sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa umpama membuka ruang kepada musuh untuk menyerang parti.

Menurutnya, sebagai pimpinan tertinggi parti, beliau perlu menunjukkan kematangan dan sifat kepimpinan bukannya menyerang pucuk pimpinan parti umpama budak tidak matang tanpa sebarang asas.

”Kita boleh berbeza pendapat, tapi perbezaan itu harus diurus dengan baik mengikut saluran parti.

“Beliau boleh mengemukakan pertanyaan ataupun melontarkan kritikan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Tetapi mengapa pilih media sosial?

“Tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk merosakkan imej Presiden UMNO dan mengambil peluang untuk merosakkan imej parti seperti parasit,” katanya.

Mohd. Hairi berkata, gerak-geri dan tindakan sebegini tidak boleh dibiarkan lagi kerana jika tidak dibendung ia boleh merosakkan parti.

”Pemuda UMNO Johor menggesa tindakan tegas diambil terhadap Lokman dengan memecat beliau sebagai ahli MT dan juga ahli UMNO.

“Tindakan tegas ini penting kerana ketika UMNO sedang membina kembali kekuatan, ia tidak boleh diganggu gugat ataupun dirosakkan oleh parasit ataupun anai-anai dari dalam parti sendiri,” katanya. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. KAMU GELAR DIA PARASIT,DIA BAPER KALI LUAR MASUK LOKAP KERANA PERTAHANKAN INTERGRITI.HGPA YG CAKAP PANDAI APA PON TAK BUAT.YG HGPA SIBUK,BERPOLITIK..
    AKU TAK SEBELAHKAN DATUK LOKMAN,LAW DIA TAK.BONGKAR KES NAK TUBUH KERAJAAN BELAKANG,AGAK2 APA JADI..
    PAS DAH KATA TAK AKAN TUBUH KERAJAAN IKUT PINTU BELAKANG,TAPI TANPA PENGETAHUAN PAS ADA RUNDINGAN BELAKANG..
    MP2 UMNO GILA SANGAT NAK JAWATAN KER?BUAT ALASAN NAK SELAMATKAN MALAYSIA DARI ANWAR,.ANWAR JAHANAM TU TAK AKAN JADI ATAW MUNGKIN JADI PM,ALLAH MENENTUKAN..YANG KITA BOLEH BUAT,MINTAK PADA ALLAH PARLIMEN BUBAR AWAL..
    TAPI JANGAN SEKALI JADI KERAJAAN IKUT PINTU BELAKANG,KAMU SEMUA JUGA SEBUT MATLAMAT TAK HALALKAN CARA..
    KAMU ADA TYA RAKYAT UMNO/BN/PAS,BERAPA RAMAI SETUJU KERAJAAN PINTU BELAKANG.⁉️
    PECAT LA DATUK LOKMAN JIKA KAMU SEMUA BACUL..SEMBANG DERAIH,HGPA JUGAK MELINGKUP UMNO/BN BAGI JATUH.MASIH TAK SEDAQ DIRI NAK WAT APA2 KEPUTUSAN TAK TYA MAJORITI AHLI.HGPA SUKA2 WAT KEPUTUSAN,KAMI AHLI RAKYAT MARHAIN YG MENANGGUNG..
    INGAT BAIK2,AHLI2 DARI RAKYAT MARHAIN UMNO BN/PAS MASIH MEMERHATI KAMU SEMUA SKANG,TETAP SOKONG PENYATUAN NASIONAL TAPI TAK PERCAYA LAGI PADA UMNO..RAMAI YG KECEWA NGAN AHLI UMNO BERJAWATAN KETUA2 DULU..

  2. Aku geram betul pembodek2 ni…tak kira lah siapa kau jika sikap hasad dengki dengan orang yg membuat tegur jujur macam Dato Lokman ini di sisihkan..Umno tak akan ke mana…masih lagi yes sir pada perkara yg tak betul…seperti kebanyakan peminpin …Orang yg berani macam Dato Lokman lah harus kita ke depankan dia…Ciri peminpin sejati..yg di perlukan oleh Umno hari ini…Kepada peminpin yg tak berdaya tahan dan setia dgn Umno berundurlah beri peluang kpd org baru…Malu lah pada diri sendiri dan dah byk benda yg kau orang dapat…tak macam kami org bawahan ni yg sentiasa setia dgn Umno sebab Keturunan yg tidak mengharapkan apa2 balasan…Insaflah wahai peminpin2 yg tidak lagi rasa ada value dan undurlah jika anda masih lagi ada maruah….

  3. Bodoh punya pembodek2 ni tak sedar diri..betul lah Lokman tu pi buat aduan dgn Lembaga Disiplin..biarlah Lembaga Disiplin tu bebas nak siasat Hishamudin. Kalau tak buat salah apasal mau takut? Babi betul perangai pembodek2 dlm UMnO yg tak sedar diri ni..

  4. Yang perlu di pecat adalah petualang petualang dalam Parti yg hanya mementingkan diri.
    Yang hanya memerah keuntungan semasa UMNO memerintah tapi belot dan khianat ketika Parti kalah.
    INGAT WAHAI PRMIMPIN KALIAN DIAMANAH KAN OLEH AHLI UNTUK MENJAGA PARTI BUKAN BUAT PARTI MACAM MAK BAPAK KO ORANG PUNYA
    Ahli berhak tahu kepincangan yg berlaku dalam Parti , tindakan perlu diambil jika ada yg durhaka tanpa mengenal darjat dan pangkat.

    SIFAT KEBONGKAKAN PEMIMPIN SEHARUS NYA BERKUBUR SETELAH TEWAS PRU14.

    INGAT UMNO KEPUNYAAN 3 JUTA AHLI BUKAN PRESIDEN ATAU MKT

Comments are closed.