KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis mendakwa cedera dipukul pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam baru-baru ini.
Ketiga-tiga anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh berumur 24, 25 dan 26 tahun itu telah hadir di pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes dikendalikan suruhanjaya itu.
Bagaimanapun, mereka mendakwa telah ditumbuk, ditampar serta ditendang ketika proses mengambil keterangan oleh pegawai SPRM dalam sebuah bilik pada 24 dan 26 Dis lepas.
Laporan polis kemudiannya dibuat oleh ketiga-tiga anggota pada 27 Dis, berkenaan pegawai SPRM melakukan kekerasan ketika menjalankan proses merakam percakapan.
Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan yang tiga anggota itu membuat laporan berkenaan.
Bernama bagaimanapun tidak berjaya mendapat maklum balas daripada SPRM Selangor berhubung kes itu.
— BERNAMA
SPRM macam gengster pula dah macam tu.
Padang muka ko..biasa ko suka je tampar org, ugut org, skrg ni ko pula kena tampar…kena tampar lh dah tak mgaku buat slh…aku tgok sg bloh byk warga asing n jenayah, tapi pihak bkuasa diam je…ambil tindakakkn..
Tiga mamat polis ni melucukan ,pandai pula mengadu di pukul , alah , bila kita selalu pukul org ada masa pula irg lain cubit kita, tahan lah sikit jgn manja sangat .
Justice for Beng Teong….. ada lagi ke kat bangunan SPRM di Shsh Alam.