KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan perlu matang menyelesaikan isu politik mereka menjelang tahun kedua mentadbir negara pada 2020, demikian kata penganalisis politik.
Prof Madya Dr Salawati Mat Basi menjangkakan masalah peralihan kuasa akan berterusan pada tahun depan dan sekiranya gagal ditangani ia akan menjejaskan kestabilan ekonomi negara yang akhirnya menghimpit rakyat.
Namun ujarnya kerajaan perlu sedar bahawa rakyat semakin muak dengan politik yang tidak berkesudahan kerana ia tidak menjamin kehidupan mereka setiap hari.
“Kalau kita tengok rakyat makin hari mahu kata hilang sabar tidaklah, tapi makin banyak keresahan rakyat tertutama dari segi ekonomi kerana kestabilan politik berkait rapat dengan kestabilan ekonomi.
“Kalau sesiapa sekalipun yang mahu memenangi hati rakyat mesti ada usaha memulihkan ekonomi negara.
“Jika tiada kematangan kerajaan selesaikan ekonomi akan susahlah tahun depan dan seterusnya,”katanya kepada MalaysiaGazette.
Menyifatkan mengukuhkan ekonomi dalam keadaan Pakatan Harapan berhadapan dengan masalah dalaman adalah cabaran besar, menurut Salawati, rakyat yang akan menterjemahkan ketidakpuasan hati dan kepercayaan menerusi sokongan hanya mahu melihat kemampuan parti itu meningkatkan taraf hidup mereka, bukan hanya ucapan retorik semata-mata atau pergaduhan sesama sendiri yang tidak berkesudahan.
“Rakyat tidak mahu tengok siapa jadi Perdana Menteri sekarang ini, tapi mereka mahu tengok isu ekonomi ditangani atau tidak, macam sekarang isu elaun kritikal dan pelbagai lagi. Sekarang orang fikir soal wang,” tambahnya.
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Madya Dr. Jeniri Amir juga berpendirian seperti Salawati.
Mengulas lanjut ujarnya, isu peralihan kuasa di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata menjadi duri dalam daging pada Pakatan Harapan yang membantutkan perkembangan ekonomi negara.
Beliau yakin ia akan terus memburukkan hubungan komponen parti itu pada tahun depan memandangkan kini PKR sendiri telah berpecah dengan menyokong Dr. Mahathir dan Presidennya.
“Selagi belum berlaku peralihan kuasa atau selagi jawatan itu belum diserahkan kepada Anwar seperti mana dijanjikan pada pilihan raya yang lalu, selagi itulah isu ini menjadi isu hangat malah isu duri dalam daging dalam Pakatan Harapan kerana seharusnya isu ini diselesaikan.
“Selagi belum dapat diselesaikan akan terus dimainkan mereka yang hendak Anwar menjadi menajawat sementara penyokong Tun M termasuk Azmin mempertahankan Tun M berada di kerusi itu.
“Sudah pasti ini soal peralihan kuasa ini soal besar bukan sahaja memberi kesan kepada hubungan komponen Pakatan Harapan tetapi juga beri kesan kesan kepada PKR dan rakyat keseluruhannya pertama dalam hubungan PKR, kalau salah tangani isu ini kedua-dua pihak cuba tegakkan pilihan masing-masing itu akan menyebabkan PKR bergolak ini memberi kesan dinamika politik dalam Pakatan Harapan selain persepsi masyarakat rakyat dan pelabir asing dan kestabilan negara,” katanya.
Selain itu, Jeneri berkata, Pakatan Harapan juga akan terus dihimpit dengan isu perkauman dan agama yang akan sentiasa dimainkan demi melihat sejauh mana sokongan parti itu kepada sama ada Melayu, Cina atau India.
Ujarnya lagi, perkara ini akan menjadi pertimbangan rakyat untuk meneruskan sokongan dengan melihat kemampuan Pakatan Harapan menanganinya tanpa menyisihkan mana-mana kumpulan.
“Isu kaum dan agama akan terus hangat kerana bagi kedua-dua belah pihak. Isu ini penting utk memastikan sokongan Melayu. Jadi Pas dan UMNO akan terus mainkan isu ini kerana hanya dengan itu kepentingan bumiptera mereka akan dapat dokongan tetapi dalam masa yang sama kalau Pakatan Harapan dilihat tidak mementingkan satu kaum ia akan memberi kesan. Ini diibarat ‘ditelan mati emak diluah mati bapak,” katanya. – MalaysiaGazette
Jangan ambil pusing
(Pencetus Kebakaran)
Yang nak ganti Tun tu dah bersedia berkerja ke ..
Jangan nanti kerjanya mrngatur kedudukan rakan dan penyukung dia je..
Tak payah layan ..
Belum jadi PM dah dikucar kacir partinya. Pengalaman mengadap tembok bertahun tak akan mrmbawa apa2 kepada negara.