Home Utama Siapkan diri hadapi kemelut ekonomi dunia – PM

Siapkan diri hadapi kemelut ekonomi dunia – PM

KUALA LUMPUR – Sempena tahun baru, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemelut ekonomi dunia.

Dalam perutusan sempena tahun baharu itu, Mahathir berkata, kegawatan akibat perang dagang antara kuasa besar dunia dan kemajuan teknologi yang begitu cepat adalah faktor yang akan melakar hala tuju dunia dan negara.

“Kita perlu menerima keadaan ini dan berusaha memaju diri untuk menangani perubahan dan cabaran ini,” kata beliau dalam perutusan tahun baharunya hari ini.

Menurut Mahathir, kemajuan teknologi digital telah mengubah cara perniagaan dan perkhidmatan di seluruh dunia.

Katanya, rakyat yang memahami perubahan ini akan berusaha untuk mencari peluang pekerjaan dan pendapatan namun yang tidak mahu berubah akan terus kehilangan punca kehidupan.

“Kerajaan akan terus membantu rakyat untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran baru ini menerusi program yang telah disedia dan akan diperkenal.

“Dan harapan kerajaan, rakyat akan mengambil peluang ini dan bersama-sama dengan Kerajaan untuk memajukan diri mereka.

“Apabila mereka berjaya, kerajaan dan negara
turut menumpang kejayaan tersebut,” katanya lagi.

Dalam pada itu, disebabkan Wawasan 2020 yang diilhamkan beliau dilihat gagal mencapai sasaran negara maju, maka kerajaan Pakatan Harapan telah merangka sasaran baharu iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

“Kita telah menyediakan blueprint yang baharu yang kita kenali sebagai WKB 2030. Dalam lain perkataan, kita telah melanjutkan sasaran tersebut ke tahun 2030 dan kita percaya, kita akan dapat mencapai objektif tersebut,” kata Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi.

WKB 2030 merupakan dokumen yang menggariskan matlamat sepuluh tahun untuk penstrukturan semula ekonomi ekonomi kemahiran rendah Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan, dengan rakyat menikmati standard kehidupan yang baik. -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Tukar lah menteri cabinet,bukan cabinet dapur.kuku dan taring dah tak ada ke nak rombak cabinet.jika pm hanya sekadar boneka apa lah guna nya duduk di putrajaya bagus duduk di rumah bermain cucu.menteri yg perkauman tidak di tukar sungguh malang pakatan hancing sudah tidak ada penyokong lagi.

  2. Rakyat disuruh ikat perut..hadapi kemelut ekonomi dunia…tapi gaji PM dan menteri2 naik mencanak!!! Belanja mewah..beli Vellfire bagai..pi mampus lah korang

Comments are closed.