JEDDAH- Mulai esok premis perniagaan di Arab Saudi dibenarkan beroperasi selama 24 jam.
Langkah itu sebagai satu pembaharuan menyediakan ekonomi baharu dan tidak lagi mahu bergantung kepada hasil minyak.
“Membenarkan aktiviti komersial beroperasi 24 jam akan menyumbangkan pekhidmatan komoditi kepada penduduk sepanjang waktu dan meningkatkan kualiti hidup di bandar,” kata Pemangku Menteri Kerajaan Tempatan dan Luar Bandar, Majed Al Qasabi hari ini.
Menurutnya, pemilik premis perniagaan diperlukan memiliki lesen khas untuk tujuan itu.
Bagi faktor keselamatan, mereka diwajibkan menyediakan kamera litar tertutup dan perlu membayar yuran Dh98,000.
Keputusan itu diluluskan kabinet Arab Saudi sejak Julai lalu namun baru sahaja diluluskan oleh pihak kementerian.
Bagaimanapun, kesemua premis yang sama tetap tertakluk kepada arahan menutup operasi setiap kali waktu solat.- MalaysiaGazette