Home Dunia Tentera Perancis hapus militan di Mali

Tentera Perancis hapus militan di Mali

Perancis menghantar 4,000 tentera ke Mali bagi menentang militan. foto AFP

MALI – Tentera Perancis di Afrika Barat telah membunuh lebih 20 militan di kawasan hutan dekat sempadan Mali dan Burkina Faso.

Operasi itu disertai tentera darat dan udara namun tidak mendedahkan kumpulan terbabit.

Seorang tentera Perancis dibunuh di kawasan itu awal bulan ini.

Mali kerap diserang militan meskipun operasi tentera Perancis semenjak tahun 2013untun mengekang kumpulan-kumpulan jihad dari bandar-bandar utara.

Jurucakap tentera Perancis berkata, militan telah disasarkan dalam hutan Foulsare, di barat daya wilayah Gao.

Pada hari Sabtu, Dewan Negara Mali mengundi untuk melanjutkan darurat oleh enam bulan dalam usaha untuk menangani peningkatan serangan.

Keganasan juga telah dipergiatkan di negara jiran Burkina Faso.

Pada bulan Disember, 12 askar terbunuh dalam serangan oleh militan berhampiran sempadan Burkina Faso dengan Mali.

Pada Januari tahun lepas, 29 orang, kebanyakannya warga asing, meninggal dunia dalam serangan di sebuah hotel di ibu Ouagadougou itu.

France, bekas kuasa penjajah di Mali, telah menggerakkan kira-kira 4,000 tentera di rantau ini untuk menangani kumpulan pelampau. – MalaysiaGazette