Home Politik Pas harus keluar Muafakat Nasional jika UMNO berdiam diri

Pas harus keluar Muafakat Nasional jika UMNO berdiam diri

Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia, Datuk Mahfuz Omar bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Road To WSC Kazan 2019 Gold di Stesen Sentral Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 16 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Parti Islam SeMalaysia (Pas) sewajarnya meninggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional sekiranya parti Melayu itu terus berdiam diri dengan kebiadaban MCA terhadap tulisan Jawi.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Pas perlu berbuat demikian jika benar-benar sensitif apabila tulisan Jawi dipertikaikan sendiri oleh sekutunya.

“Sepatutnya Pas keluar daripada Muafakat Nasional, ini yang harus dilakukan oleh Pas untuk bertindak menyatakan sensitiviti terhadap masalah pelaksanaan tulisan Jawi,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsikan beliau sendiri dalam grup media Amanah, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan mencadangkan agar MCA digantikan dengan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebagai rakan Muafakat Nasional.

Ia susulan tindakan MCA yang mengkritik tindakan polis mendapatkan injunksi mahkamah bagi menghalang persidangan membantah Jawi yang dianjurkan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Pada 27 Disember lalu, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon mempertikaikan tindakan polis menghalang persidangan Dong Zong.

Chong turut membandingkannya persidangan tersebut dengan kongres Maruah Melayu yang diadakan pada Oktober lalu.

Dalam pada itu, Mahfuz menegaskan cadangan Pas itu tidak relevan susulan keanggotaan MCA hanya wujud dalam Barisan Nasional (BN) dan bukannya Muafakat Nasional.

“Sepatutnya Pas mendesak supaya UMNO kena keluar daripada BN, kemudian terus kekal dalam Muafakat Nasional dengan Pas.

“Bukannya suruh MCA keluar daripada Muafakat Nasional sedangkan MCA belum lagi ahli dalam Muafakat Nasional, hanya sangkutan daripada UMNO yang berada dalam BN,” katanya.

Kata Mahfuz, UMNO lebih relevan untuk mengkritik tindakan rakan komponennya dan bukannya Pas apabila tulisan Jawi diperlekeh.

“Pas harus sedar bahawa UMNO sendiri pun mendiamkan diri terhadap tindakan yang dilakukan oleh pihak MCA.

“Sepatutnya UMNO yang membantah tindakan MCA yang membantah pelaksanaan tulisan Jawi di negara kita

“Sebaliknya UMNO tidak menyatakan apa-apa sikap atau pendirian terhadap MCA,” katanya.

Katanya lagi, pelaksanaan tulisan Jawi tidak harus dipertikaikan mana-mana pihak, meskipun ia terus mendapat bantahan khususnya daripada bukan Islam.

“Mana-mana pihak yang nak menentang atau membantah, itu persoalan mereka membantah, itu hak demokrasi yang ada yang diberikan kepada mereka.

“Tetapi Pas harus ingat bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah sekarang inilah berusaha untuk kembalikan pelaksanaan tulisan Jawi di negara kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Usah tengok rumah orang, tengok rumah sendiri dahulu, sanggup ke PAN keluar dari pakatan harapan sebab DAP pun bantah jawi, kalau jawi 3 muka surat pun tidak boleh hendak bela, usah cerita hendak bela Islam.

  2. PAN kan sebumbung dengan DAP…nape tak tegur atau keluar jer. Apa hal campur urusan yg tidak sebumbumg.kenapa PAN takut sangat dengan DAPig

  3. Lawak apa pulak ni.. YB Dato’… Dalam kumpulan Dato pun ada juga yg tak nk tulisan JAWI ni, YB Dato keluar lah dari kumpulan tu dahulu…

  4. Ko tak pyh nk myalak lah mpus..ko sptut nya ada kuasa dlm krjaan yg perjuangkn perkara ini..bodoh punya menteri cap ayam…

  5. Apa.suruh pas lak sapatut nya kau yg keluar ph atas teramat biadap nya dap dan dong zong..atu klu berani tendang je dap dri ph…kau pergi je kedai dua rm beli sermin muka….

Comments are closed.