LONDON – Mikel Arteta kini mampu menarik nafas lega apabila meraih kemenangan pertama sebagai pengendali Arsenal selepas menundukkan Manchester United 2-0 di Emirates awal pagi tadi.
Kejayaan penting itu diraih menerusi jaringan Nicola Pepe dan Sokratis Papastathopoulos menemui sasaran untuk kemenangan kedua Arsenal dalam 16 perlawanan.
Kemenangan pertama di laman sendiri dalam tempoh 87 hari melonjak skuad kendalian Arteta ke tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris dan hanya ketinggalan empat mata di belakang United yang menghuni tangga kelima.
Buat pertama kali Arsenal menampilkan gandingan Pepe, Pierre-Emerick Aubameyang, Alexandre Lacazette dan Mesut Ozil di barisan serangan dan strategi itu membuahkan hasil pada minit kelapan perlawanan.
Pepe menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris sejak perpindahan dari Lille sebelum Papastathopoulos menambah gol kedua sebelum rehat. – MalaysiaGazette