Home Utama Saya dilihat timbulkan banyak krisis – Maszlee

Saya dilihat timbulkan banyak krisis – Maszlee

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik memandu kereta selepas pada sidang media khas mengenai perletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 02 JANUARI 2020

PUTRAJAYA – Gara-gara dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan antara punca Dr. Mazslee Malik meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Menurutnya, antara yang menimbulkan krisis termasuk isu melibatkan Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu meletakkan jawatan hari ini selepas 20 bulan menjadi menerajui Kementerian Pendidikan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Di atas nasihat Perdana Menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, berkuatkuasa 3 Januari 2020.

“Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Tun Mahathir kerana telah memberi peluang selama 20 bulan untuk saya mengemudi KPM.

“Ia adalah hadiah terbaik kepada saya sebagai pendidik dan aktivis akademia.

“Saya juga ingin menyatakan pendirian, sokongan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada beliau dan parti saya, PPBM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan peletakan jawatan itu di kementerian di sini hari.

Maszlee yang dilahirkan di Johor Bahru telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR) (2).

Beliau kemudiannya menyambung pendidikan ke Maktab Sultan Abu Bakar (English College) dan telah menyertai Madrasah al-Quran Waddin dan kemudiannya ke Maahad Johor pada 1989.

Maszlee berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda dari Universiti Al al- Bayt, Jordan dan kemudiannya meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.

Kedua- duanya dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh.

Beliau telah melanjutkan pelajaran di School of Governments and International Affairs (SGIA) di University of Durham pada tahun 2007 dan mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang Good Governance pada tahun 2011.

Sebelum menyertai politik, Maszlee lebih dikenali sebagai moderator debat dan wacana politik serta penganalisis politik Timur Tengah, pemikiran politik Islam dan juga gerakan Islam kontemporari. –

Maszlee yang juga bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Mac lalu dipilih menjadi calon di Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau memperoleh 18,157 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Liang Teck Meng yang menerima 14,682 undi serta calon Pas, Mohd Jubri Selamat (2,983 undi), sekali gus menang dengan majoriti 3,475 undi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pengganti Maszlee akan diumumkan tak lama lagi – PM

2 Komen

  1. Lepas ini siapa pula nak letak jawatan? Ramai lagi menteri-menteri PH yang patut letak jawatan.

Comments are closed.