Home Politik Najib persoal kenapa Nie Ching boleh terlepas

Najib persoal kenapa Nie Ching boleh terlepas

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (kiri, belakang) semasa sidang media Pendidikan, Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatannya di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 02 JANUARI 2020.

KUALA LUMPUR – “Timbalan dia terlepas?”

Itu persoalan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan hari ini.

Najib tertanya-tanya bagaimanapa nasib Teo Nie Ching selepas Maszlee meletakkan jawatan dalam status Facebooknya hari ini.

Sebelum itu, Najib pernah menyuarakan simpati selepas terbaca kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Kementerian Pendidikan bertanggungjawab atas isu kertas peperiksaan Universiti Malaysia Perlis dan spekulasi rombakan kecil kabinet beberapa jam sebelum sidang media Maszlee hari ini.

“Berita hari ini. ‘Uncle’ dah bersuara. Kesian Maszlee,” kata Najib.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Maszlee lepas jawatan Menteri Pendidikan

5 Komen

  1. Pm lak nasihat kan letak jawatan….sapatut nya pm beri semangat dan jgan tunduk dgn sabarang desakan…ni dah kira enau dlm belukar…..ni lah malaysia baru…nya

Comments are closed.