Home Nasional Petisyen kekalkan Maszlee jadi Menteri Pendidikan

Petisyen kekalkan Maszlee jadi Menteri Pendidikan

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik membaca buku pencapaian Kementerian Pendidikan (KPM) tahun 2019 pada sesi taklimat bersama media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 13 DISEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Belum pun sampai sehari Dr. Maszlee Malik letak jawatan sudah ada petisyen mahu kekalkanya sebagai Menteri Pendidikan.

Petisyen bertajuk Kekalkan YB Maszlee Sebagai Menteri Pendidikan Malaysia itu menyasarkan tandatangan sebanyak 150,000.

Bagaimanapun setakat pukul 8. 30 malam ini ia sudah mencecah 84,231 tanda tangan – semakin hampir sasaran ditetapkan.

Dalam mukadimah petisyen berkenaan Maszlee dianggap sebagai Menteri Pendidikan yag telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat.

Kementerian Pendidikan di bawahnya dikatakan bersikap telus dengan segala inisiatif dan progres usaha-usaha reformasi pendidikan.

Malangnya, menurutnya, segala inisiatif beliau telah dibayangi dengan laporan laporan negatif yang telah disensasikan oleh pihak yang berkepentingan.

“Keputusan meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara dan mewakili kumpulan masyarakat, kami memohon agar YB Perdana Menteri sebagai negarawan terulung untuk mengembalikan YB Maszlee Malik untuk menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan Malaysia,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.