KUALA LUMPUR – “Siapa lebih berkuasa? Kementerian Pelajaran atau PIBG?”.
Soalan itu dibangkitkan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam ciapan di laman Twitter @cheminahsayang yang ditulis menggunakan tulisan jawi hari ini.
Baginda yang meneruskan ciapan dalam tulisan jawi berkata: “Anak-anak saya juga ke sekolah kerajaan. PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru mengikut silibus kementerian.”.
Ciapan Tunku Azizah itu dipercayai mempunyai kaitan dengan isu pembelajaran tiga muka surat tulisan jawi di sekolah vernakular yang memberi kuasa kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menentukan sama ada ia perlu dipelajari atau sebaliknya.
Kementerian juga memberi kuasa kepada ibu bapa dan murid untuk memutuskan perkara tersebut.
Baca: Tulisan Jawi di SJK hanya dilaksana jika dipersetujui PIBG, ibu bapa dan murid
Ciapan baginda itu mendapat sokongan dari kebanyakan pengikut yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Netizen, Izhaq memberi komen bersetuju pendapat baginda dengan menjelaskan, PIBG yang enggan mengikut arahan kementerian adalah bersifat rasis ekstrem dan wajar dibendung.
Danial Ariff Shaari pula meninggalkan komen, Dong Zong lagak seperti jabatan kerajaan, berkuasa tentukan dasar dan silibus SJK sendiri, sedangkan lembaga pengelola masih tertakluk kepada dasar pendidikan kebangsaan, peraturan yang ditetapkan menteri.
Netizen Lin Ramli memberi komen, PIBG dan sekolah berpisah tiada. PIBG hanya membantu pihak sekolah sahaja, bukan hendak mengambil alih kuasa sekolah. Cumanya dengan penglibatan PIBG secara aktif kepada sekolah boleh menyumbang peningkatan prestasi kepada sekolah itu sendiri. – MalaysiaGazette
سبنرث جینا لبه بركواس درفذ ك راجاان.
kena faham ramli kenapa cina boleh lebih berkuasa dari kerajaan… sebab umat islam melayu yg bagi kuasa tu kat diaorg nie..awak tengok ada umat melayu bersatu tak..ada umat islam melayu yg betul2 ikut al quran dan sunnah nabi tak… awak tak perasan siapa yg paling ramai menyambut malam tahun baru 1/1/2020 haritu..BANGSA KU… ANAK2 BANGSA MELAYU YANG LAYU..
Pilihlah pemimpin melayu islam yg benar….