Home Dunia Soleimani dibunuh kerana rancang serangan ke atas rakyat AS di Asia Barat

Soleimani dibunuh kerana rancang serangan ke atas rakyat AS di Asia Barat

Donald Trump

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mempertahankan tindakannya membunuh komander utama Iran, Qassem Soleimani tengah malam kelmarin.

Agensi melaporkan, AS mendakwa Soleimani merancang serangan ke atas rakyat AS di seluruh Asia Barat.

Atas alasan tersebut, Presiden AS, Donald Trump memberi kebenaran bagi serangan itu, sekaligus meningkatkan perang proksi di Asia Barat antara Iran dan AS serta sekutunya, terutama Israel dan Arab Saudi.

“Soleimani merancang serangan ke atas diplomat dan anggota tentera AS tetapi kami menyedari dan membunuh beliau.

“Kami bertindak malam semalam untuk menghentikan perang. Kami tidak bertindak untuk memulakan perang,” kata Trump kepada wartawan di Florida.

Bagaimanapun, para pengkritik dalam kalangan parti Demokrat membidas arahan itu sebagai melulu dan mengakibatkan lebih banyak keganasan kelak.

Semalam, Iran berikrar akan membalas dendam selepas serangan udara AS itu.

Soleimani juga dianggap tokoh kedua paling berpengaruh selepas pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. jangan salahkan…trump, umat islam kan suka bertelagah sesama sendiri…al quran dan sunnah nabi ada tapi tak ikut…Allah hantar bala sebagai peringatan..

Comments are closed.