KUALA LUMPUR – Sabah tidak maju? Pergilah tanya Karim Bujang dan Shafie Apdal apa mereka buat selama empat penggal di negeri itu ketika menjadi pemimpin Barisan Nasional (BN).
Itu jawapan ringkas yang spontan Setiausaha Tan Sri Annuar Musa kepada seorang pemilik akaun Twitter ]ieut.N(rtd)@ghazmad.
Pengguna akaun itu mendakwa kononnya banyak ‘gula-gula politik’ ditabur kepada rakyat Sabah sewaktu zaman BN tetapi selepas menang janji tinggal sekadar janji.a
“Zaman BN dahulu banyak gula-gula ditabur. Selepas menang mereka tinggalkan janji kosong buat pengundi di situ. Sebab itu Sabah tidak maju,” ciap pengguna itu.
Sebagai membalas dakwaan itu, Annuar berkata, individu itu perlu menyoal Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Karim Bujang yang menjadi wakil rakyat selama empat penggal kenapa Sabah tidak dimajukan selama ini memandangkan mereka merupakan bekas pemimpin UMNO BN ketika itu.
“Shafie Afdal kata berpuluh tahun BN memerintah, kononnnya rakyat masih susah. Tidakkah Karim Bujang 4 penggal wakil rakyat zaman BN dan Shafie Menteri Luar Bandar BN. Dari seorang ketua pemuda yang tiada apa apa hingga menjadi kaya raya.. apa yang telan mereka lakukan untuk Sabah?..PSS?(Pas Sementara Sabah) sebagai merujuk hanya mampu menyediakan PSS sahaja setakat ini,” kata dalam ciapan itu.
Sementara itu,penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Kimanis semalam menyaksikan pertaruhan satu lawan satu antara calon BN dan calon Warisan Sabah.
Ahli Parlimen Ketereh itu mendakwa ada pihak yang sudah meramalkan keputusan malah sudah mula turun padang berkempen dengan menurunkan ang pau dan buah tangan berupa hadiah-hadiah ‘mahal’ demi meraih undi.
“Ada yang meramalkan malah dah mula turun ang pau, hamper, projek malah motosikal percuma.
“Rakyat Sabah bijak berpolitik.. kerajaan beri, kita ambil bah. radu tatap radu..ubah balik!!!.
“PH belum serik. PA seorang kroni kepada mantan menteri memang terkenal kuat tapau projek. Sekarang menapau lagi. tapi kini pengundi Kimanis ada jawapannya. walau puluhan motosikal disusun,” katanya dengan memuat naik beberapa buah motosikal baharu dan hamper yang disusukan dalam sebuah lori di Parlimen tersebut.
Beliau juga menjelaskan teringat akan PRK Tanjung Piai yang menyaksikan projek bernilai ratusan juta diumumkan kerajaan memerintah tetapi dibalas jawapan tegas oleh rakyat tempatan.
“Teringat Tanjung Piai..projek ratusan juta diumumkan. Rakyat beri jawapan dengan tegas. Undi PH dahulunya 22,000 dalam PRU, tinggal 10,000 masa PRK.
“Hebat kebijaksanaan rakyat menggunakan hak!,” puji beliau.
Beliau juga membidas segala tindak tanduk Pakatan Harapan itu bahawa tidak hairan mereka ‘mengencing’ rakyat lagi dan cuba membeli undi memandangkan sebelum itu ijazah akademik pun mereka sanggup beli.-MalaysiaGazette